Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim Bermula semula penulisanku dalam blog ni..Lamanya berhenti dan x terasa lamanya masa dh berlalu pergi. Rasa teringin nak berkongsi dengan semua berkaitan life seharian yg menarik mahupun tidak menarik tetapi masa membataskan..Harap2 lepas ni saya lebih gigih menulis dan berkongsi. Hari terakhir sebelum cuti pekerja ialah hari sukan sekolah...so tugasan yang diberi kpd sy ialah guru yang bertanggungjawab ke atas perbarisan rumah merah selain jd hakim lompat tinggi...Keje saya ialah menconteng muka budak2 ni dgn make up bertemakan hantu dracula...terkejar kejar gak pagi2 tu nk touch muka budak2 ni..tapi puas hati sbb dpt jadi johan perbarisan rumah merah, alhamdulillah.
Catatan
Menunjukkan catatan yang berlabel kerjaya
banyaknya nak buat...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Lagi seminggu nak cuti sekolah. Rasanya macam tak terkejar. Banyaknya nak buat..Banyak pentaksiran yang tak dibuat lagi.Kalau boleh nak la seiring dengan rancangan tahunan tapi selalu tergelincir. kalau band 1-3 tu ok jer. Bole bagi terus kat budak2 ni. tapi kalau band 4 dan ke atas letihnya...dengan eksperimen lagi,nak kawal mereka yang ramai. Lagi penat bila bagi arahan rasa dah jelas sangat tapi masih blur dan masih bertanya benda yang sama...aduh,sakit kepala. tapi tak apalah, memang kena akui pelajar-pelajar disini tergolong pelajar sederhana dan lemah. Walaupun di kelas depan namun pencapaian tak seperti yang diharapkan.