Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Kajian Lapangan : Sains ting 2

Imej
Assalamualaikum Pelajar tingkatan 2 tahun 2017 ni masih mengikuti syllabus KBSM..Bila sampai ke topik saling bersandaran antara organisma hidup maka marilah kita manfaatkan kelebihan bersekolah di kawasan kampung ni.. Ada beberapa habitat disekeliling sekolah ni antaranya padang, kolam, taman sains dan kebun kelapa sawit. So cikgu bagi pelajar meninjau di kawasan yang mereka pilih untuk lihat sendiri bagaimana setiap organisma hidup saling bersandaran dan saling berinteraksi dalam satu komuniti dan tak dilupakan interaksi dengan benda bukan hidup. Pembelajaran kendiri begini pastinya meningkatkan pengetahuan mereka kerana mereka pergi untuk membuat tinjauan ke habitat yang dipilih... Balik kena buat laporan kajian mengikut pemerhatian dan pemahaman mereka sendiri.            Kajian yang dijalankan di kolam dan taman sains....Happy students, happy me Kajian yang dijalankan di padang dan kawasan kebun sawit  Balik cikgu urut kaki la...penat jalan sana sini..dah la jauh

Minggu Sains & Matematik : Saintis muda

Imej
Tahun ni buat simple je sebab minggu sains dan maths bertembung dengan sukan.. Walaupun simple hanya 3 stesen tapi cikgu pastikan ianya menguji kemahiran saintifik pelajar. Nampaknya ramai gak pelajar ni yang kurang arif mengendalikan alat radas dan nak memahamkan arahan yang diberikan. Kan ada kajian kata pelajar Malaysia tak tahu baca manual..ada gak kebenarannya..Menurut pensyarah cikgu, di luar negara pre school students dh dilatih membuat hipotesis...Kalau kat Msia agak2 macam mana...syllabus susah sket pun dh tak bole kejar...aiyooo Dari sudut pandang cikgu, penting untuk pelajar ni dilatih membaca manual/prosedur. Bila cikgu interview dalam kelas mmg pelajar mengaku kurang faham dan sukar mengikuti prosedur eksperimen...Ibaratnya nak buat kek tapi tak tau follow resepi...agak2 jadi apa ye kek tu..