Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019
RACUN PEROSAK CAPSI NEEM Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan racun perosak Casi Neem: 300 ml air suling 200 g air rendaman cili kering 250 ml minyak sayuran 1 sudu besar sabun basuh pinggan 100 g daun neem (semambu) yang telah dikisar.             Campuran tersebut diperam selama 6 hari. Penapaian campuran menghasilkan kesan yang maksimum. Campuran pati Capsi Neem perlu dilakukan pencairan sebelum boleh disembur pada tanaman. 50 ml pati Capsi Neem perlu dicampurkan dengan 4 liter air dan masukkan dalam bekas penyembur. Semburkan pada permukaan daun 2 hingga 3 kali seminggu pada waktu awal pagi dan lewat petang. Boleh juga disembur dengan kerap pada tanaman. Elak menyembur pada waktu panas kerana cahaya matahari boleh membakar tanaman tersebut disebabkan kehadiran minyak.           Serangga perosak seperti aphid, lalat putih, kutu daun, ulat beluncas dan sebagainya sangat menjejaskan tanaman. Penggunaan racun serangga perosak adalah satu keperluan kepada

JEREMIN KIT

Imej
Nama tempatan :   Jeremin Nama saintifik    : Pelargonium Radula Nama lain :   Pokok halau nyamuk,  pokok lima jari dan Geranium Nama tempatan :   Serai wangi Nama saintifik    : Cymbopogon Nardus Nama lain     :   Citronella        Jeremin kit ini mengandungi lilin, pelekat dan semburan. Jeremin atau lebih dikenali sebagai pokok halau nyamuk digandingkan bersama serai wangi dengan nisbah 3:1 menjadikannya satu ramuan asli yang dapat mengelakkan kita terkena gigitan nyamuk. Daun jeremin menghasilkan bauan seakan racun serangga. Aroma citronella daripada daun pokok halau nyamuk dan serai wangi tidak disukai oleh nyamuk. Selain itu daun halau nyamuk boleh mengubati kegatalan pada kulit.         Semburan Jeremin mengandungi ekstrak daun halau nyamuk dan minyak serai wangi yang dididihkan bersama air suling. Ianya boleh terus disembur pada kulit dan meninggalkan aroma citronella itu pada kulit. Namun begitu baunya tidak terlalu keras.Hanya kita perlu berhati-hati