JEREMIN KIT
Nama
tempatan : Jeremin
Nama
saintifik :Pelargonium
Radula
Nama
lain : Pokok halau nyamuk, pokok lima jari dan Geranium
Nama
tempatan : Serai wangi
Nama
saintifik : Cymbopogon Nardus
Nama
lain :
Citronella
Jeremin kit ini mengandungi lilin, pelekat dan semburan. Jeremin atau lebih dikenali sebagai pokok halau nyamuk digandingkan bersama serai wangi dengan nisbah 3:1 menjadikannya satu ramuan asli yang dapat mengelakkan kita terkena gigitan nyamuk. Daun jeremin menghasilkan bauan seakan racun serangga. Aroma citronella daripada daun pokok halau nyamuk dan serai wangi tidak disukai oleh nyamuk. Selain itu daun halau nyamuk boleh mengubati kegatalan pada kulit.
Semburan Jeremin mengandungi ekstrak daun halau nyamuk dan minyak serai wangi yang dididihkan bersama air suling. Ianya boleh terus disembur pada kulit dan meninggalkan aroma citronella itu pada kulit. Namun begitu baunya tidak terlalu keras.Hanya kita perlu berhati-hati apabila menyembur ke badan agar tidak terkena mata. Selain itu semburan ini dapat disembur terus pada pakaian kerana ianya tidak meninggalkan kesan tompokan dan mempunyai bau yang lembut dan wangi
Pelekat Jremin memberi kesan penggunaan maksimum ke atas kulit. Ia tahan lama pada kulit dan tidak memberi kerengsaan pada kulit. Ia bertindak seakan cool fever tetapi pelekat yang sama tidak boleh digunakan berulang kali.Lilin aromaterapi Jeremin yang ada dalam Jeremin kit ini menggunakan hirisan pokok halau nyamuk beserta minyak serai wangi. Apabila dibakar, ia melepaskan aroma citronella yang kuat dan dapat menghindarkan gigitan nyamuk.
Lilin, pelekat dan semburan ini mudah dibawa ke mana sahaja. Ia sesuai digunakan untuk memberi kelegaan pantas dan untuk menjalankan aktiviti luar seperti pendakian,perkhemahan, berkelah dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk semburan
Hirisan daun halau nyamuk/ jeremin
Pati minyak serai wangi
Air suling
(Semburan tahan pada kulit hingga setengah hari dan boleh disembur berkali-kali)
Bahan- bahan untuk lilin:
Lilin
Hirisan daun halau nyamuk/ jeremin
Pati minyak serai wangi
Pewarna
(Mengeluarkan bauan yang melegakan sekaligus menghalau nyamuk apabila lilin dibakar)
Bahan- bahan untuk pelekat:
Pelekat untuk kulit
Hirisan daun halau nyamuk/ jeremin
Air suling
(Memberi kesan yang maksimum kepada pada kulit)
Ulasan
Catat Ulasan