Model pembelajaran instruksi 5E

Alhamdulillah akhirnya berjaya gak menjenguk blog ni...cikgu Lina berazam akan lebih byk menulis di ruangan ini untuk menyimpan ilmu yang dipelajari selama ini dan berkongsi apa yang ada seadanya...InsyaAllah
Kali ini cikgu Lina nak berkongsi apa sebenarnya model instruksi 5E. Model pembelajaran ini adalah didokong oleh pembelajaran bersifat inkuiri penemuan iaitu gaya pembelajaran aktif mengikut Teori Konstruktivisme dimana pelajar membina pengetahuan sendiri. So guru2 yang merancang untuk menjalankan aktiviti inkuiri tu lebih cantik seandainya menulis RPH berdasarkan 5 fasa berikut.

Fasa 1 : Melibatkan (Engage)

·    Fasa ini melibatkan pelajar secara langsung dalam memahami konsep baru yang dipelajari oleh mereka.
· Pelajar diminta menjawab soalan, mengenalpasti masalah dan boleh memberikan pandangan dimana miskonsepsi berkaitan konsep sains yang dipelajari boleh dikenalpasti.

·  Aktiviti yang boleh dijalankan seperti sesi sumbangsaran, menonton video, demonstrasi
   guru dan aktiviti hands on.

Fasa 2  : Meneroka (Explore)

·   Fasa ini melibatkan pelajar meneroka pembelajaran mereka. Dari situ, mereka akan membentuk pemikiran baru dan menghubungkan dengan pengetahuan sedia ada.
·  Aktiviti yang boleh dijalankan seperti eksperimen, penyiasatan, aktiviti hands on, membina model.

Fasa 3  :  Menerangkan (Explain)

·   Fasa ini melibatkan pelajar menerangkan hasil kerja atau dapatan mereka daripada aktiviti yang telah mereka laksanakan di fasa meneroka.
·    Melalui penerangan secara individu atau berkumpulan akan menghasilkan perkongsian idea dan percambahan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar.
·    Aktiviti yang boleh dijalankan seperti pembentangan, Gallery walk, lakonan semula.

Fasa 4  :  Menghuraikan (Elaborate)

·   Fasa ini mencabar kefahaman konsep yang diterangkan oleh pelajar di dalam fasa menerangkan.
·   Melalui fasa ini miskonsepsi diperbetulkan. Jika tiada miskonsepsi, melanjutkan lagi pemahaman
    mereka tentang konsep yang dipelajari.
·   Aktiviti yang boleh dijalankan seperti pengaplikasian konsep sains dalam kehidupan harian.

Fasa 5  :  Menilai (Evaluate)

·   Fasa ini melibatkan penilaian keseluruhan penguasaan dan kefahaman pelajar yang terbina
     daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan pada hari tersebut.
·     Guru bole menilai kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penilaian boleh jadi formatif atau sumatif
·     Contoh penilaian adalah kuiz, ujian, pemerhatian guru, pelajar membuat refleksi atau penilaian mengikut rubrik yang ditetapkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Think-Pair-Share : satu contoh PAK21

Pembelajaran Berasaskan Projek sains KSSM