kajian tindakan : think, pair, share
Assalamualaikum semua..
Saya ingin berkongsi teknik pembelajaran secara kolaboratif iaitu teknik think, pair and share yg saya jadikan sebagai kajian tindakan saya.
Melalui teknik ini pelajar dilatih berfikir secara sendirian apabila diberi masalah untuk diselesaikan. Kemudian pelajar akan dipasangkan dan berkongsi dapatan mereka dengan pasangan. Melalui perbincangan itu pelajar dapat berkongsi idea dan saling berbincang tentang topik yg diberi. Setelah dikumpulkan dan dimurnikan, hasil perbincangan secara berpasangan itu akan dikongsikan pula dalam komuniti kelas yang lebih besar.
Perkongsian dalam kelas boleh dilaksanakan secara persembahan kumpulan menggunakan power point atau medium lain yang bersesuaian. Pelajar juga boleh menjadi kumpulan pakar kepada rakan mereka untuk topik yang mereka bincangkan. Perkongsian juga boleh dijalankan secara gallery walk mengikut kesesuaian dan kreativiti pelajar.
Kebaikan teknik ini:
- Dapat melatih pelajar berfikir dengan lebih tersusun dan terancang.
- Pelajar diajar berkongsi sesuatu idea dan ilmu kerana idea yang datang lebih dari 1 individu itu lebih baik berbanding jika kita memikirkannya secara bersendirian.
- Menggalakkan perkongsian dan komunikasi berkesan sesama rakan.
- Mengasah kemahiran berkomunikasi dikalangan pelajar. Menjadikan pelajar lebih berani mengutarakan idea mereka melalui pelbagai medium.
- Menggalakkan kreativiti dikalangan pelajar.
Nanti saya kongsikan tentang kajian tindakan saya utk kitaran 1
Ulasan
Catat Ulasan