RACUN PEROSAK CAPSI NEEM
Bahan-bahan yang digunakan dalam
pembuatan racun perosak Casi Neem:
300 ml air suling
200 g air rendaman cili kering
250 ml minyak sayuran
1 sudu besar sabun basuh pinggan
100 g daun neem (semambu) yang telah
dikisar.
Campuran
tersebut diperam selama 6 hari. Penapaian campuran menghasilkan kesan yang
maksimum. Campuran pati Capsi Neem perlu dilakukan pencairan sebelum boleh
disembur pada tanaman. 50 ml pati Capsi Neem perlu dicampurkan dengan 4 liter
air dan masukkan dalam bekas penyembur.
Semburkan pada permukaan
daun 2 hingga 3 kali seminggu pada waktu awal pagi dan lewat petang. Boleh juga
disembur dengan kerap pada tanaman. Elak menyembur pada waktu panas kerana
cahaya matahari boleh membakar tanaman tersebut disebabkan kehadiran minyak.
Serangga perosak seperti aphid, lalat
putih, kutu daun, ulat beluncas dan sebagainya sangat menjejaskan tanaman.
Penggunaan racun serangga perosak adalah satu keperluan kepada sektor pertanian.
Namun begitu, penggunaan racun perosak kimia adalah merbahaya kepada kesihatan
dan alam sekitar.
Dalam
pertanian konvensional, racun perosak kimia digunakan dan racun tersebut tidak
mampu untuk membezakan antara serangga dan cacing yang baik atau buruk. Sesetengah
tumbuhan memang mudah terdedah kepada serangan serangga perosak seperti sayuran
berdaun contohnya kailan dan untuk melindunginya maka petani menyembur racun
serangga yang sangat banyak pada sayuran berdaun itu. Walaupun telah dicuci
berkali-kali tetapi masih terdapat racun yang telah diserap ke dalam tanaman
itu. Kehadiran racun itu bukan sahaja membunuh perosak tetapi mendatangkan
kesan kepada manusia dan haiwan lain yang memakan tanaman tersebut.
Manusia
boleh terdedah kepada pestisid atau racun perosak kimia melalui penyedutan,
penyerapan melalui kulit, melalui mulut atau penghadaman. Manusia terdedah
kepada bahaya pestisid melalui pelbagai cara. Pestisid tersebut mungkin masih
berada pada daun sewaktu tuaian. Pestisid yang berada di rumah atau disembur
pada tanaman di sekitar rumah.Selain itu melalui air minuman bergantung kepada
sumber air digali untuk air terproses yang mana kemungkinan terdapat ladang
disekitarnya dan pekerja yang terlibat secara langsung di ladang tanaman
(Cornwall et al, 1995)
Di
Malaysia, hasil pertanian merupakan sumber utama ekonomi di Kawasan luar bandar
dimana penduduk menanam pelbagai jenis tanaman untuk makanan, menjana pendapatan
dan untuk tujuan perubatan. Namun pada masa kini teknologi pertanian telah
berubah dan menjadi semakin moden dengan penggunaan jentera, baja kimia dan
racun perosak kimia dimana ianya membawa kemajuan kepada industry pertanian
(Motes, 2014). Walau bagaimanapun teknologi moden ini telah memberi kesan yang
buruk kepada persekitaran dan kualiti pengeluaran produk (Gliessman, 2000).
Mereka boleh menuai hasil pertanian untuk tempoh yang panjang tetapi produk
yang berkualiti, sihat dan selamat untuk dimakan tidak lagi boleh dihasilkan.
Penggunaan
racun perosak organik adalah lebih selamat kepada kesihatan manusia dan haiwan
lain. Penggunaan racun serangga organik menyediakan persekitaran yang mapan di
ladang pertanian dan produk pertanian yang dihasilkan adalah lebih berkualiti,
bersih, sihat dan selamat untuk dimakan (Alamah et al, 2014)
Produk racun perosak
Capsi Neem adalah:
ü
Selamat
digunakan dan tidak mendatangkan kecederaan pada tanaman.
ü
Tidak
menyebabkan kerintangan pada serangga perosak yang menyebabkan kita perlu
membelanjakan wang yang lebih untuk menukar racun dan meracun dalam kuantiti
yang banyak.
ü
Selamat
digunakan dimana ia adalah selamat ke atas manusia, haiwan dan persekitaran.
ü
Mudah
digunakan
ü
Selamat
dikendalikan
ü
Mempunyai
nilai kebolehpasaran
Ulasan
Catat Ulasan