Catatan

banyaknya nak buat...

Lagi seminggu nak cuti sekolah. Rasanya macam tak terkejar. Banyaknya nak buat..Banyak pentaksiran yang tak dibuat lagi.Kalau boleh nak la seiring dengan rancangan tahunan tapi selalu tergelincir. kalau band 1-3 tu ok jer. Bole bagi terus kat budak2 ni. tapi kalau band 4 dan ke atas letihnya...dengan eksperimen lagi,nak kawal mereka yang ramai. Lagi penat bila bagi arahan rasa dah jelas sangat tapi masih blur dan masih bertanya benda yang sama...aduh,sakit kepala. tapi tak apalah, memang kena akui pelajar-pelajar disini tergolong pelajar sederhana dan lemah. Walaupun di kelas depan namun pencapaian tak seperti yang diharapkan.

eviden oh eviden...

Imej
Semenjak terlibat dengan PBS ni meja saya menjadi sangat lah tak teraturnya..selagi belum siap key in di sppbs selagi tu lah semuanya bakal berlonggok di sini sana .Disebabkan saya diberi tanggungjawab mengajar kelas pandai, sederhana dan lemah maka eviden eviden pun perlu berbeza mengikut aras pelajar. untuk kelas yang pandai saya menggunakan buku seperti didalam gambar cuma ada sesetangah soalan tak menenpati deskriptor..jadi pandai2 la saya menambah atau membuang soalan yang tak perlu. untuk kelas sederhana dan lemah memamng saya akan menyediakan set soalan khas untuk mereka2 yang tersayang.kadang2 tu untuk kelas yang lemah penatlah kita menyediakan soalan tapi kesudahannya kertas kosong yang dihantar takpun main letak je jawapan tanpa berfikir. Untuk mereka ada pilihan jawapan. huhu..
sains tingkatan  dah ada deskriptor baru start feb 2013
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30 2013... Diberi tugas mengendalikan slot berkaitan PBS untuk ibu bapa. Satu cabaran yang berat walaupun hanya 10-15 minit sahaja. untuk program PBS ni sahaja rasanya dah 4 kali memberi taklimat. Yang pertama dulu sewaktu diperingkat daerah, di peringkat sekolah untuk guru-guru. Kali ke 3 untuk barisan pentadbir dan kini untuk ibu bapa. berdoa semoga semuanya baik-baik belaka
Alhamdulillah bersyukur kerana tergerak hati nak menulis. Walaupun telah lama berkeinginan menulis berkaitan kerjaya tetapi selalu tak kesampaian. Menulis ini adalah satu minat sejak dulu dan menulis juga adalah satu bentuk luahan yang kadang2 kita tak mampu nak luahkan secara lisan..Kepada yang membaca semoga beroleh manfaat dan yg buruk jadika sempadan.