Alhamdulillah bersyukur kerana tergerak hati nak menulis. Walaupun telah lama berkeinginan menulis berkaitan kerjaya tetapi selalu tak kesampaian. Menulis ini adalah satu minat sejak dulu dan menulis juga adalah satu bentuk luahan yang kadang2 kita tak mampu nak luahkan secara lisan..Kepada yang membaca semoga beroleh manfaat dan yg buruk jadika sempadan.
Think-Pair-Share : satu contoh PAK21
Teknik think, pair and share merupakan satu teknik yang sangat saya gemari sewaktu menjalankan aktiviti yang melibatkan kolaborasi pelajar. Oleh itu saya memilih teknik ini sebagai satu kajian tindakan saya.. Mari kita layan foto sepanjang kajian tindakan saya berlangsung... Pelajar sedang menjalani ujian pra..Penting nak tau tahap pemikiran pelajar berbeza atau tidak sebelum dan selepas teknik ni digunapakai. Now...kita apply teknik di kelas..Kelas yg saya pilih ni kelas sederhana je jadi macam2 aras kefahaman dan macam2 ragam lah nak hadap..sabar cikgu, yang penting arahan mesti jelas. Think ~ Fikir sendiri2 dulu berkaitan tugasan yang diberi. Keluarkan idea2 yang penting. Pair ~ Secara berpasangan bincangkan idea2 yang telah disenaraikan secara bersendiri tadi Share ~ Kongsikan dengan semua pelajar...Untuk kitaran ke 2 saya kongsikan hasil dapatan mereka ke dalam komuniti kelas di Google +
Ulasan
Catat Ulasan