Pembelajaran Berasaskan Projek sains KSSM


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya kalau disebut tentang KSSM sains, apa yang tergambar di fikiran ialah DSKP, Tahap penguasaan pelajar, segala domain pentaksiran dan yang paling pening mestilah pembelajaran berasaskan projek atau disebut PBL..

PBL? Apa tu?

Sebenarnya masa penataran untuk tingkatan 1, ia memang tak dinyatakan dengan jelas apa yang diinginkan daripada pelajar semasa menjalankan PBL itu..Sewaktu penataran tingkatan 2, info ditambahbaik dan tiada lagi kekeliruan sepatutnya. Tapi biasalah info berlapis-lapis akan ada pencairan dan misscomunication dimana mana.

First step utk PBL ialah mesti ada ISU yang hendak diselesaikan oleh pelajar. Kita guru beri isu atau persoalan tetapi penyelesaian datang dari pelajar...Bentukkan pelajar dalam kumpulan paling ramai pun 4 orang dimana seorang ketua dilantik. Walaupun kerja berkumpulan tapi markah individu..Macam mana nak nilai, kita mana tau siapa buat kerja dan siapa tak buat? Pernah dengar penilaian rakan sebaya? atau peer assessment? Kita boleh guna teknik tu dan masukkannya sebagai markah progress kumpulan..Ketua kena pandai bagi kerja pada anak buahnya dan report la pada guru siapa yang tak buat kerja tu... Sebenarnya banyak cara nak menilai, guru kena kreatif dan kita biasanya kenal siapa anak kita.

Pelajar sepatutnya melaporkan langkah-langkah yang mereka ambil dan progress projek mereka pada guru untuk dinilai..PBL ni memang melangkaui waktu pdp dimana projek dilaksanakan di luar waktu pdpc tapi kena tetapkan timeframe..jangan meleret sgt. Melalui projek ni semua pengetahuan sains pelajar digunakan dan kemahiran mereka dibina, pelajar boleh buat tem ramah, survey, kumpul data dan sebagainya..barulah dikatakan projek.
Kalau buat model macam tiga keadaan jirim tu memang tak menepati lah. Hanya boleh dapat TP6 utk domain pengetahuan...sbb apa yang pelajar itu selesaikan sebenarnya?

Akhirnya pelajar mesti ada artifak berupa apa sahaja sama ada model, prototype, pamplet, brochur, kempen atau apa sahaja yang mereka hasilkan dan perlu dibentangkan dimana sesi pembentangan juga menyumbang markah.

Nampak macam rumit tapi sebenarnya ok je...yang penting isu yang dipilih boleh diselesaikan oleh semua pelajar..jangan ambil yang susah sangat..Untuk semester 2 ni saya merancang untuk melaksanakan projek berkaitan topik udara dimana mungkin pelajar akan mengumpul data di kawasan sekolah dan buat public awareness tentang kepentingan memelihara udara dikalangan warga sekolah...Nanti akan update kemudian..


Ini adalah perbezaan antara pembelajarn berasakan projek (PBP) dan pembelajaran berasaskan masalah (PBM)..Jangan keliru sebab biasanya PBM pelajar perlu menyelesaikan masalah dengan memberi jawapan atau pandangan mereka tak perlu sehingga ke proses penghasilan untuk menterjemahkan idea mereka...Jangan KELIRU ye...Lagipun dalam PBM soalan-soalan ke arah penyelesaian masalah itu diberi oleh guru step by step..Berbeza dengan PBL/PBP dimana guru hanya memberi isu dan pelajar lah yang bertanggungjawab menyelesaikan isu tersebut sehingga membawa kepada penghasilan artifak yang autentik (asli) dari mereka.


Pemarkahan bagaimana?
PBL dijalankan sebanyak min 2 kali dimana 1x di sem 1 dan 1x lagi di sem2...So 1 projek yang terbaik antara 2 projek itu akan dipilih dan dijadikan 20% markah akhir tahun.
PBL sebenarnya membawa 20% untuk markah akhir tahun...satu amaun yang besar untuk membantu pelajar lulus atau skor cemerlang untuk subjek sains. So peperiksaan bertulis menyumbang 80%. Ini adalah satu langkah yang baik dimana kita tak nak pelajar yang cemerlang melalui hafalan teori semata-mata. Sebenarnya pihak yang bertanggungjawab perlu memberi latihan yang secukupnya untuk guru sains agar yang kabur manjadi terang...tak adalah semua meraba-raba dalam kesamaran...huhu...
So daripada 100% di atas tu, jadikan 20% untuk penilaian akhir tahun.

Ulasan

  1. Assalamualikum..... boleh berikan contoh contoh projek yang telah dilkukan dan folio yang telah dibuat...
    sekian,
    terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Think-Pair-Share : satu contoh PAK21

Model pembelajaran instruksi 5E