Cara mengajar mengikut sikap pelajar
Assalamualaikum dan salam Ramadhan
Sebagai seorang guru, core business guru sememangnya untuk mendidik pelajar. Macam seorang usahawan produk, mesti nak lahirkan produk yang berkualiti..Begitu juga la hasrat seorang guru seperti saya. Pada saya, zaman skrg penuh kecelaruan. Seorang pelajar perlu menguasai ilmu sains kerana dapat membantu mereka mengenal Tuhan, mengenal diri, membantu org lain melalui ilmu mereka dan yg lebih bijak perlu menyelesaikan kemaslahatan umat seperti menghasilkan vaksin, ubat, produk makanan, kosmetik dan kajian2 lain yg penting dan bernilai komersil.
Mula2 saya terposting di sekolah yg saya ajar ni, saya mmg tak suka. Ini kerana sekolah ini mempunyai peratus pencapaian yg rendah, disiplin pelajar yg kurang bagus dan pelajar2 non-malay yang kurang penguasaan bahasa melayu dan inggeris. Dulu dalam hati saya mmg nak ajar pelajar dari sekolah-sekolah yang bagus kerana pada saya skill mengajar saya akan bertambah baik jika dapat mengajar pelajar2 yg pandai. Tapi perancangan Allah lebih baik dari kehendak saya.
9 tahun saya di sekolah ini tanpa berpindah ke mana-mana, saya rasakan ada peningkatan pada skill saya menguasai kelas dan pelajar yang pada mulanya saya menyangka saya tak dapat lakukan sampai bila-bila. Sejak format peperiksaan ditukar ke soalan berunsur KBAT, saya merasakan cabaran untuk guru2 sekolah harian seperti akan bertambah hebat. Peratus kelulusan di tahap 30+ sudah menjadi biasa dimana pelajar tak menguasai cara menjawab soalan berunsur KBAT mahupun soalan subjektif biasa beraras rendah.
Maka saya memilih satu kelas iaitu kelas yang paling depan dan saya mengkaji bagaimana trend mereka belajar dan bagaimana saya boleh menolong mereka....
a) Pelajar yang menggunakan visual
Peta minda, lukisan, nota-nota ringkas, slide presentation mmg sangat membantu golongan ini tapi
tidak yang lain.
b) Pelajar yang aktif
Mereka ini perlu lihat dan lakukan sendiri baru mereka akan benar2 faham dan ingat. Maka
eksperimen, demonstrasi dan projek sangat membantu. Mereka ini juga gemar jika kita memanggil
nama mereka untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah di papan putih. Beri website
yang bagus2 utk mereka layari bagi mencari bahan tambahan.
c) Pelajar yang sangat advance
Walaupun sekolah ini sekolah harian biasa, tapi ada mereka yang sangat terkedepan. Walaupun
diberi soalan yang susah, mereka biasanya boleh. Mereka ini akan cepat bosan kalau cara
pengajaran kita biasa2 je...Cara menangani, saya suka memberi soalan2 yang susah dan mencabar
beserta markah di tepi untuk setiap soalan. Mereka ini akan mencuba sehabis daya dan akan tak
puas hati jika soalan-soalan saya tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Mereka juga menjadi
pembimbing rakan-rakan mereka dalam semua aktiviti kumpulan.Ini meningkatkan self-esteem
mereka.
d) Pelajar yang pasif
Golongan ini tidak ramai tapi mereka berpotensi untuk dapat score lebih baik jika kita
mendampingi mereka secara personal. Kalau saya beri latihan atau soalan, mereka ini akan saya
dampingi seorang demi seorang. Bila mereka rasa mereka diberi perhatian, otak mereka akan lebih
aktif menangkap ilmu walaupun tindakan mereka masih pasif. OLeh kerana mereka pasif, mereka
sepenuhnya bergantung kepada guru. Berilah panduan utk mereka menulis nota yg lengkap kerana
nota itu adalah nyawa mereka.
e) Pelajar yang malas
Biasanya saya akan memujuk tapi bukan dgn nada yg lembut..haha, denda juga dikenakan tapi
biasanya mereka akan tersentuh dengan ayat2 power saya berkaitan masa depan mereka.
Apa2 pun utk pelajar mudah mencapai score yg baik dalam matapelajaran sains gabungan antara eksperimen, nota yang lengkap dan latihan2 yg merangsang pemikiran beserta cara mendapatkan markah untuk setiap soalan adalah cara terbaik yang boleh diamalkan utk guru2..kenali anak didik kita, sikap mereka..semuanya akan lebih mudah.

Ulasan
Catat Ulasan