KSSM sains : Pembelajaran secara kolaborasi ( Aktiviti berstesen)

Agak lambat memuatnaik akiviti ini tapi nk juga tulis...
Sebagai panduan kepada sekolah yang berbilang kaum dan tahap penguasaan bahasa melayu dan inggeris adalah sederhana.

Sepanjang pengalaman saya menjalankan aktiviti berbentuk kolaboratif dan pembelajaran kolaborasi, apa yang menjadi kekuatan sesuatu teknik itu ialah
  • Pelajar memahami arahan dan langkah-langkah yang perlu diikuti.
  • Pengurusan aktiviti dan masa
  • Objektif pembelajaran tercapai...boleh diuji melalui standard pentaksiran. Bukan pelajar main ikut je apa yang kawan buat tapi berakhir dengan tak faham apa2..huhu
  • Teknik mudah dan menyeronokkan..Kalau boleh sewaktu pembentangan minta pelajar bentang mengikut karakter mereka dan soal jawab secara terus antara pembentang dan audien so tak adalah bosan. (Ini berdasarkan sesi temubual bersama kumpulan kajian tindakan saya, mereka bosan mendengar presentation kawan secara sehala)
 Kelemahan yang perlu ditangani:
  • Pelajar pasif @ penumpang sahaja dimana golongan ini hanya mengharapkan kawan untuk buat apa sahaja tugasan...macam mana nak tanganinya? Nanti saya kongsi di lain catatan.
  • Tak faham apa cikgu cakap (Masalah bahasa la tu). Perlu letakkan pelajar melayu dalam setiap kumpulan agar memahami arahan dan boleh membantu rakan yang kurang faham tadi.
  • Tak cukup masa!!! Kalau boleh cikgu dah terangkan perjalanan aktiviti sedari awal atau masa refleksi hujung pdpc dan hint pada pelajar apa yg nak dilakukan esoknya.
  • Hasil kerja pelajar tak seperti yang diharapkan..Kadang2 buat mendidih darah..Kadang2 lain yang disuruh lain yang dibuat..Aduhai sakitnya tuh di sini...Kat sini pentingnya sistem ganjaran..Kita boleh memilih kumpulan terbaik, pembentang terbaik, wujudkan token yang boleh juga diberi oleh pelajar lain...Jangan kedekut memberi pujian dan ganjaran..Walaupun sedikit tapi sifat remaja mmg sgt suka dipuji, boleh menaikkan saham mereka...Chewah..
 Mai layan gambar aktiviti berstesen untuk tingkatan 1 sekolah harian biasa yang pelbagai kaum..mmg 1 Malaysia sungguh..
 Susunan radas telah siap dan stesen telah dilabel sebelum pelajar masuk ke makmal





Pelbagai kaum disatukan dalam 1 kumpulan..Mengatasi rintangan bahasa. Mula2 pelajar mmg tak mahu tapi guru perlu bertegas.






          Memerhatikan radas apa yang terdapat di setiap stesen dan
         membincangkan fungsi radas.







Ada stesen R untuk rehat siapkan tugasan sementara ke stesen lain...Abaikan meja yg banyak contengan..budak2 baru nk tunjuk skill kreatif mereka.


Saya guna loceng untuk memudahkan pelajar bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Think-Pair-Share : satu contoh PAK21

Model pembelajaran instruksi 5E

Pembelajaran Berasaskan Projek sains KSSM